Kenapa Ikan Tak Berlidah…

Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat manusia pada hari qiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari qiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita(1).” Bila ditanya apakah hikmahnya, baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, samada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya, “Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW, “Setelah Allah selesai menciptakan Adam as maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh kepada perintah itu kecuali Iblis laknat. Oleh kerana Iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan pula rupanya yang elok itu lalu dihantar Iblis ke muka bumi(2).

Apabila diturunkan ke muka bumi Iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh Iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakanlah akan keburukan serta kekurangan nabi Adam as kepada ikan, katanya, “Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata Iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang nabi Adam as. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkanNya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

Hadith Rasulullah SAW…

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang lupa akan sembahyang, maka hendaklah segera dia laksanakan apabila ia ingat. Kerana sesungguhnya Allah berfirman: “Dirikanlah sembahyang kerana ingat Aku”. (Hadith Riwayat Muslim)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s